Disclaimer : These products is not intended to cure, diagnose or treat a disease

Monday, May 28, 2018

10 MASALAH/KOMPLIKASI KETIKA HAMIL DAN CARA MENGATASINYA (Part One)

Sebagai ibu Hamil, Asma tak lari dan tak missed daripada menghadapi beberapa masalah ketika hamil. Ada dalam 4-5  masalah juga Asma hadap and ada beberapa masalah yang Asma tak hadap but i really took precautions sebab taknak terkena.

Seriously, First Pregnancy memang agak kalut sebab kita baru-baru lagi, kita banyak benda kita taktahu, banyak benda kita tak alert. Seriously kadang macam cacing kepanasan google sana sini situ tapi tak banyak sangat jawapan..... frustrated and sedih juga time tu. But, i learned a lot seriously. Any problems Asma selalu akan refer directly dengan doctor or nurse terus, so yeah i gain lots and lots of knowledge sebab Asma memang sejenis takleh duduk diam. Asal ada je soalan ke apa Asma akan pergi Klinik and borak lama dengan doctor sampai pernah kena bayar charge untuk consultation sahaja dekat RM80 okay! Padahal borak 30mins je huhuhu.

Asma takdelah PRO, but i learned a lot during my First Pregnancy. And rasa macam Asma patut share So here Asma share some tips macamana nak hadapi masalah & juga macamana nak handle the situation if you guys terkena. Untung tau Asma buat entry ni, takde minta bayaran RM80 pun sorang hahaha. So semoga ianya bermanfaat!

Antara masalah-masalah yang akan dihadapi during pregnancy is :

1) DEHYDRATION



This usually will happens and mudah berlaku dan kerap berlaku pada ibu hamil during 1st dan 2nd Trisemester. Even Asma sendiri tak terlepas daripada terkena this "Dehydration" during pregnancy.
Usually benda ni senang kena pada ibu hamil yang selalu ada alahan muntah loya mual, morning sickness semua tu. But for me, Asma memang takde Morning Sickness ke alahan ke mual ni. Memang takde, Alhamdulillah.

Ibu Hamil ni bila dia dah pregnant keperluan air dia akan menjadi semakin besar dan lebih besar daripada sebelumnya. Sebab bukan kita je mommies perlukan air, or baby pun perlukan air sama. Air untuk ketuban, air untuk membentuk plasenta which benda ni penting sebab ianya berfungsi untuk hantar all nutrients pada baby supaya dapat tumbuh dan membesar dengan sihat and also air penting untuk penghasilan sel sel darah ibu and baby.

Ingat, cecair akan keluar dari badan most of the times. Lagi lagi bila pregnant, kita jadi kerap kencing. Air cecair ni keluar daripada air kencing, peluh and also pembuangan air besar so seriously eventho tak ada masalah morning sickness or mual or muntah, kalau tak cukup air memang boleh "Dehydrated" tauuu.

Ini lah dia air yang dimasukkan kedalam badan bila dah DEHYDRATED and warded dalam hospital.


And this is what happens to me. Asma takde muntah ke apa. Asma cirit-birit time tu, entah makan apa salah makan ke macamana, then ada muntah sekali je. Malam sikit time tu dah rasa lemah, tak larat nak pengsan dah. Habis je membuang rasa separuh mati dah. Husband pun tergesa-gesa rushing balik rumah untuk bawa Asma ke Hospital malamtu, sedangkan sepatutnya malamtu Asma dah kena naik bas, balik ke UITM Tapah sebab ada test esoknya huhuhuhu.

Pergi ke bahagian Emergency, sekali check doctor cakap "Awak dah kering sangat ni" terus doctor panggil Nurse and rushing pergi buat scan baby. Doctor cakap bahaya "Dehydration" ni boleh effect dekat baby. So memang doctor masatu laju je nak check denyut jantung baby takut jadi apa-apa kat baby.

Sekali check.... masatu memang denyutan baby slow daripada biasa. "Heartbeat baby awak agak slow ni sebab awak dah kering sangat, saya kena admit awak dalam wad secepat mungkin sekarang" terus doctor cucuk tangan Asma dengan benda menyakitkan ni....... uwaaaaa sakit wuuuuuuuu. Seriously dah lama tak jejak wad hospital semua, kini terpaksa ku jejakkan kaki jua demi anak tercinta.

Sakitnyaa tuh disini.........


And yes, i was admitted dalam pukul 2 Pagi tu. Asma tak berapa ingat sangat moments dalam hospital sebab sungguh Asma paling tak suka duduk hospital.... bosan sangat-sangat huwaaaa rasa nak lari balik... tapi takkan nak selfish kan apa apa pun baby Asma is my priority. Dahlah sepatutnya Asma dah kena balik UITM time tu, malamtu. Esoknya memang Asma terus whatsapp lecturer bagitau Asma admitted hospital and send segala proof yang ada, so yeah maka terhasil lah semua gambar-gambar dalam blog ini hahaha.




Day 1 : Masa dalam hospital, sehari dalam 2-3 kali kena kencing dalam botol sample air kencing and bagi nurse. Selagi air kencing tak okay, selagi tu takleh balik. Eh, Asma takde kencing kotor tau tapi memang air kencing punya PH tu jadi indicator untuk menandakan kita ni dah tak dehyrated or masih dehydrated. Memang atas meja tilam Asma akan ada botol sample, then dah habis kencing Asma akan ambil kertas yang macam PH paper tu masukkan dalam botol then bagi nurse, tunjuk nurse the results. Selagi tak achieve penanda aras yang normal, selagi tu takleh keluar wad hmmmm sungguh ku bosan bosan........... and sedih bila takdapat keluar wad lagi sebab air kencing masih tak clear.


Day 2 : Nurse yang jaga Asma baik sangat. Dia bagi satu tips. Dia cakap. "Awak makan cukup-cukup and minum cukup-cukup jangan depends pada air yang kami masukkan ni je. Minum Air Masak juga at least 2-3 Botol besar tu. Nak sihat kan? Minum air banyak"

So yeah, terus whatsapp husband suruh bawakkan berbotol botol air. Haa memang ku paksa
Asma kira tau berapa pine air dah dimasukkan sepanjang 2 Hari 1 malam Asma kat situ,  dekat 12 botol jugak air masuk dalam badan.

Sekali check bacaan air kencing Asma malamtu, clear dah! Asma dah happy dah nak balik dah time tu. Tapi nurse kata.... "Kena tunggu pakar dulu esok. Lagipun takde discharge patient malam malam" so yeah hmmm makanya spent lah 1 malam lagi kat situ. Serious sedih duduk wad.... bosan sangat-sangat..... ok takpe kita tunggu esok!

Day 3 : Asma bangun seawal 6 pagi. Pergi mandi awal-awal and standby nak breakfast and standby nak tunggu PAKAR sampai. Selalunya pukul 9-10 dorang buat round check. Sekali..... ku tunggu tunggu..... eh lambatnyaa harini! Sampai lah asma tertidur time tu....... sekali terbangun je masatu nurse Asma kejut Asma suruh bangun. Doctor pakar tanya,
  "Macamana puan Asma rasa harini?"

Dalam hatiku mendengus
  "Saya sihat dah penat tunggu doctor tak sampai-sampai"
hahahaa tapi i tak jawab macamtu i cuma jawab "Alhamdulillah much better dah"

haa lepastu mula lah semua doctor berbincang and bentang itu ini pasal Asma...... and finally finally perkataan yang ku nak dengar disebut..... "Ok patient dah boleh discharge, siapkan semua ya" so nurse asma pun ambil file Asma and nak siap-siap untuk discharge kan Asma.

Kesian suamiku, everyday kena ulang alik time Lunch Hour dari UITM untuk tengok bini dia yang tak berapa nak sihat time ni, then rushing balik UITM sebab ada class. Thank you abang!
Then husband pun datang and bantu asma packing and balik yaaaaayyy!

Okay so settle dah kisah Asma! hehehe now Asma nak share some things about BAHAYA DEHYDRATION KETIKA HAMIL ni is because :

  • Air ketuban berkurang : Bila kita kurang air, ianya memang boleh effect air ketuban. Air ketuban ni penting sangat untuk bagi ruang bergerak pada baby also protects baby dalam rahim kita. Air ketuban yang esdikit boleh mempengaruhi pertumbuhan baby dalam kandungan dan boleh menyebabkan keguguran atau kematian baby dalam rahim!

  • Kelahiran Pra-Matang : Dehydration during pregnancy ni boleh boosts contraction Braxton-Hicks which is ianya adalah contraction sebelum contraction sebenar yang usually berlangsung for a while. Usually benda ni akan happens on 2nd or 3rd trisemester. Tapi, if kena contraction Braxton Hicks ni kerap and berulang kalinya it means maybe kita tengah Dehydrated. So yes, kena pastikan air cukup apatah lagi kalau dah masuk trisemester ketiga sebab kita taknak nanti terjadi kelahiran Pramatang bila Air tak cukup, bila ibu Dehydrated.

  • Komplikasi pada baby : Baby boleh cacat lahoir or cacat pada sistem saraf.

  • Kematian pada baby atau ibu : This one if Dehydration dah tahap teruk sangat. Memang boleh membahayakan either one.
So here, nasihat Asma ialah "Prevent" awal awal sebelum terjadi and kenali tanda-tanda awal dehydration which is here Asma share tanda-tanda Dehydration Ringan iaitu :

  1. Mulut terasa kering.
  2. Kepala terasa sakit.
  3. Pening-pening kepala.
  4. Rasa haus sangat.
  5. Mengantuk.
  6. Kurang membuang air kecil.
  7. Sembelit
While tanda-tanda untuk Dehydration berat pula :

  1. Buang air kecil sikit je or tak sama sekali.
  2. Air kencing berwarna kuning pekat.
  3. Jantung berdegup laju and kencang, pernafasan jadi cepat.
  4. Terasa sangatlah haus!
  5. Mulut sangat kering dan merekah.
  6. Tekanan Darah Rendah
So yes, definitely "Prevention is Better than cure" nasihat Asma pada pregnant mommies, please stay hydrated dan dapatkan air secukupnya. Jangan sampai effect dan terjadi pada anda dan baby, kalau boleh elakkan lah.

So here Asma share some 5 TIPS ON HOW TO STAY HYDRATED DURING PREGNANCY, macamana nak kekal hydrated/terhidrasi during pregnancy.




Sebenarnya senang je nak elakkan benda ni. Minum Air Masak secukupnya iaitu 8-12 gelas Air dalam sehari. Minima 8 gelas and its better kalau minum sampai 12 gelas sebab keperluan air ni bukan untuk kita sorang tau, untuk baby juga.

But, bila ibu pregnant buat aktiviti berat macam berjalan dengan terlalu banyak ke, or bersenam ringan or else, make sure untuk tambahkan lagi 1 gelas dari yang biasa. Lagi-lagi if cuaca panas tak menentu, lagilah kena tambah extra glass untuk mengganti cairan yang hilang akibat berpeluh.

Selain daripada this general tips, Asma kongsikan juga beberapa tips lain iaitu :

  • Elakkan minuman bercaffeine sepeti kopi, teh dan minuman berkarbonat. Minuman macamni tak boleh dianggap sebagai pengganti cecair untuk tubuh bada kita. Minuman macamni bersifat diuretik which is ianya boleh menjadikan seseorang itu lebih banyak buang air kecil sampailah boleh meningkatkan risiko kehilangan cecair lebih banyak.

  • Elakkan daripada terdedah dengan panas terik secara direct.

  • If mengalami morning sickness, mual muntah, pastikan minum air secukupnya time tak rasa mual.

  • If tak suka minum air putih, boleh tambahkan buah-buahan frozen like orang or kiwi dalam minuman supaya terasa lebih sedap and menyelerakan untuk diminum and also sihat! Kalau boleh elakkan minum ais batu terlalu kerap time pregnant.

  • Boleh try PERFORMANCE DRINK SHAKLEE yang sangat bagus and sesuai untuk elakkan Dehydration time pregnancy. It rehydrates FASTER THAN WATER! so memang sangat membantu untuk bagi ibu hamil kekal hydrated! Dengan Orang Flavor semulajadi, membuatkan ianya sangat menyelerakan and sedap untuk diminum! Tanpa gula tambahan dan juga tanpa gas, ianya adalah minuman Isotonic yang paling sihat dan sesuai untuk ibu hamil! Click sini untuk more info tentang Performance Drink.


Okay, Nampaknya entry mengenai 1 Masalah ketika Hamil dan cara mengatasi pun dah panjang lebar bebeno ni haaa. Yelah, sebab yang Dehydration ni memang agak serious bagi Asma sebab masalah ni membuatkan ku admitted dalam wad hahahaha. Ada 9 lagi Asma nak share sebenarnya. Its okay, ada kelapangan esok Asma post lagi berbaki 9 Masalah/Komplikasi ketika hamil and cara mengatasi okay?

InshaaAllah, doakan Asma sihat selalu dan diberikan masa yang banyak untuk tulis sambungan entri ni Amin! Semoga entry kali ini bermanfaat untuk kawan-kawan Asma yang tengah pregnant dan juga untuk pregnant mommies di luar sana dan semoga kalian kekal sihat dan kuat, InshaAllah amin!

See you in my next entry!




Post a Comment

Leave Your Love Notes

0 love notes:



 
Copyright 2017 @ Asma Shaheed | All Right Reserved
Design with ♥ by Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com