Disclaimer : These products is not intended to cure, diagnose or treat a disease

Wednesday, April 18, 2018

MY FIRST PREGNANCY JOURNEY - Chapter One


Since sekarang macam musim PREGNANCY dikalangan kawan-kawan dan orang rapat asma, and most of them ada yang baru First Pregnancy, ramai juga kawan-kawan approach and tanya, minta asma share my pregnancy journey. But sometimes when im too busy with business memang kadang tak sempat nak share, or nak entertain since masa sangatlah berharga untuk asma. So I decided untuk write up my FIRST PREGNANCY JOURNEY.

Anggap sahaja ni seperti Journal of my life, and Umar’s. So that nanti umar dah besar he would read and know how I carry him, what ive been thru when he is in my womb for 9 Months.

Umar and Ummi (He is 1 Year 8 Months now)



Actually, Asma and Husband memang tak planned langsung nak ada baby. Both of us masatu dalam Semester 3, which asma ada 2 semester lagi untuk habiskan pengajian, and husband ada 3 Semester to go (dia ada 6 sem since he has practical) So memang kami plan untuk having a baby lepas habis study which maybe at the age of 21.

Seriously memang we didn’t see it coming, we didn’t see Umar is coming. We carry on our life as student, macam biasa. And seriously asma don’t even know im pregnant.

My life routine is quite busy when I was a student. Jadual kelas sumpah packed gila tau!
Sehari kadang takde break langsung, ada pun 1 jam je masa lunch hour. Tu pun kadang ada test lah, so takde break and just makan ringan-ringan je. Kadang makan tu time petang dah habis class baru lah boleh pegi café beli makanan. Kalau tak, memang asma sejenis makan curi-curi makan je dalam class huhuhu.

Petang balik dari class, dalam 5.30pm-6.30pm asma akan spend untuk WORKOUT. Seriously, asma sangat kisah bab bentuk badanku since dulu masa muda masa sekolah selalu sangat orang panggil “papan” and also, asma ada satu masalah masatu which ada masalah perut buncit huhuhu badan kurus tapi perut masatu macam buncit. So I decided to workout gila-gila punya especially bahagian tummy, perut. And paling focus part “Lower abs” sebab memang kat situ lemak terkumpul sangat banyak.
Time workout memang I feel the burn burn burn! Almost 1-2 Bulan workout everyday and adalah rest day 1-2 hari tu. But…….. malangnya roommate ku kata….. “Asma, aku tengok kau workout ni dah berbulan, tapi perut kau tum akin lama macam makin besar jek? Kau pregnant ke?” Asma Cuma gelak and cakap mustahillah kan nak pregnant huhuhu aku dengan suami kan PJJ (Perhubungan Jarak Jauh)

Then, I guess masatu asma kena tambah more sets untuk Lower Abs and buat workout yang lebih intense. So asma tambah new workout routine and also add more sets, my workout is more intense than before, sangat intense. But then after 1-2 weeks buat workout tu, hasilnya sama je. Memang perut Nampak besar and MAKIN BESAR!

Until one day, suddenly….. asma jatuh demam and sakit. I think I pushed myself too much. Demam for 1-2 days and rasa macam berangin loya and tak sihat for the whole week. Then roommate ku tegur lagi….. “Asma, aku rasa kau ni pregnant lah…. Better kau check. Aku yakin sangat kau pregnant” Roomate aku ni memang sejenis yang pandai nak meramal tau. Boleh pulak tu dia kata “Aku yakin” hahahaha ish dia ni tau buat aku risau!


Time ni dah PREGNANT, tapi taktahu pun pregnant! Hahahaha


So, aku pun gigihkan lah keluar ke pekan time tu, sorang-sorang. Sebab semua kawan-kawanku masatu busy, class pun lain-lain class dah sekarang. Forever alone, kesian. Pergilah beli pregnancy test. And esok pagi Subuh, terus check. Orang kata Afdhal nak check air kencing ni time kita baru bangun tu paling Afdhal sekali.

Tunggu for a few minutes and……. Tu dia hasilnya………




Berdasarkan pregnancy test ni…. IM POSITIVE AND IM PREGNANT. ALLAHUAKBAR…..
Sungguh rasa macam tak sangka! Masani puji-pujian memang pada Allah, sebab….. ya Allah it is impossible kot untuk si baby ni bertahan dengan my lifestyle yang sangat pressure.

My workout routine yang super intense.
Belum lagi part workout tu memang focus part perut and lower abs (bahagian dekat ngan Rahim tau!)
Belum lagi part nak berjalan ke kelas tu… jauh dia tu dalam setengah Kilometer jugak lah tau!
Belum lagi part nak naik bilik tu hari-hari kena panjat tingkat 3…
Belum lagi part nak gi kelas… hari-hari pun kena naik Bilik Kuliah kat tingkat 3…
Belum lagi part seminggu sekali asma dok makan nenas, sebab I memang suka nenas bila letak dengan serbuk asam… umph sangat tau!

MashaAllah…. In such circumstances…. My baby still survived! Ya Allah hebatnya kuasa Engkau!

Asma still rasa macam… takpercaya.
Betul ke… aku pregnant….

So asma pun sewa lah kereta untuk beberapa jam.
Ajak my friend, Bella untuk temankan asma keluar ke pekan nak pergi checkup kat klinik, nak scan.

Pusing satu pekan Tapah, takde satu pun klinik yang ada scanner Ultrasound.
Maklumlah, tapah ni agak terpencil sikit huhu.
Should I go to teluk intan or Ipoh ke?
Tapi tu pun taktahu kat mana, and ada ke tidak klinik yang ada Ultrasound.

Suddenly, tengah pusing-pusing ni ternampak satu klinik india, yang memang asma belum turun and tanya lagi. So, asma pun tanya lah. And dia kata, ADA! Alhamdulillah syukur!
So asma terus je cakap nak scan, nak check betul ke tak I pregnant.

Sekali dia scan…… ternampak satu figure kecil tengah berenang-renang.
Laju je kaki kecil dia mengayuh-ngayuh…. Seakan-akan dia nak apungkan diri dia dalam ruang kosong yang besar tu….




Then doctor pun bersuara…. “Ya puan, Tahniah! Puan disahkan hamil, berusia 10 Minggu.”
Puan Nampak tak baby puan tu? Tengah bergerak tu?
Then, tengah-tengah tu, jantung dia.

Dengan senyuman asma jawab…. “Nampak!”
Ya Allah… perasaan tu tak tergambarkan,
Ada baby, ada zuriat, dalam perutku.
Zuriat aku dan suamiku sedang pesat membesar dalam perutku.
Ya Allah….. happynyaaa…….

Seriously langsung tak expect dan takpernah sangka yang asma mampu pregnant.
Yelah, Asma ni seorang yang FRAGILE kot.
Seorang yang selalu SAKIT.
Seorang yang selalu ulang-alik Hospital.
Seorang yang pernah berkali-kali transfuse darah.
Ber-beg-beg darah masuk dalam badan……
Bermacam-macam jarum yang dicucuk sebab nak amek darah….

Seriously, tak sangka Allah beri peluang untuk ada Zuriat eventho dulu doctor pernah cakap, kemungkinan asma untuk pregnant tu susah selagi asma belum sihat, dan masih ada masalah kesihatan.

Asma ada masalah HB TERLALU RENDAH.
Asma ada masalah TEKANAN DARAH RENDAH.
Asma ada masalah Period terlalu LAMA (Prolonged Menses)
And pernah DIAGNOSED as Disfunctional Uterus Bleeding.
Asma selalu keluar masuk ward hospital.
Asma pernah telan 22-23biji ubat sehari.
Asma ada masalah KUAT TIDUR (due to HB low, tekanan darah low)
Asma selalu rasa CEPAT PENAT, CEPAT LETIH, LESU….
Due to masalah HB Low and Tekanan Darah Rendah.
And doctor pun pernah diagnosed asma ada ANAEMIA.
And pernah syak asma ada THALASEMIA (but I didn’t lah)

Seriously….. am I ready to be A mom?
INSHAALLAH! Mesti READY!
Sebab Allah bagi kita ANAK, sebab kita dah bersedia and itu adalah REZEKI kita.

And mungkin juga ASBAB daripada asma consume ESP time 2-3 Bulan sebelum pregnant (Time ni tengah Concieve lah kan) until lah dah pregnant ni. Memang asma rasa ianya sangat lah membantu Asma dari time NAK PREGNANT sampailah ke Pregnant and Bersalin!

Bertapa hebatnya kuasa IKHTIAR dan BERGANTUNG pada Allah, ianya sangat-sangat membantu asma and seriously my PREGNANCY JOURNEY is just so smooth!

Tapi… How about Studies?
Macamana study sambil pregnant?
Tak penat, tak letih ke?
Macamana bersalin?
Macamana Asma jaga and maintain kesihatan asma and baby until deliver?

InshaaAllah next entry asma akan share my other chapters of pregnancy until lah Asma bersalin, and also akan selit kan LOTS OF TIPS untuk Pregnancy! (Amboiii macam dah 10 kali beranak je ek hahahaha) InshaaAllah! Stay Tuned!




 
Copyright 2017 @ Asma Shaheed | All Right Reserved
Design with ♥ by Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com