Disclaimer : These products is not intended to cure, diagnose or treat a disease

Wednesday, October 25, 2017

TIPS UNTUK MASUK SINGAPORE DENGAN BAS!



Bila terdengar nama Negara SINGAPORE mostly semua dah tahu yang negara ni adalah negara LUAR NEGARA YANG PALING DEKAT, dan matawang nya agak tinggi. Betul tak?


So bila MATAWANG TINGGI, maka semestinya kita ni sebagai Rakyat Marhaen Malaysia lagi mesti teringin nak masuk tapi nak masuk dengan kos yang SUPER JIMAT DUIT. Betul tak?


So asma kat sini dah sediakan ENTRY and POSTS untuk you all yang teringin sangat nak MASUK SINGAPORE tapi tak ter-masuk masuk sebab takut and so on and taktahu nak masuk gimana.


Singapore near Marina Bay nih (Sumber ; Google)



So here asma GUIDE you all untuk masuk tips dari pengalaman asma sendiri.

So for those yang teringin sangat nak masuk, pi masuk lah. NAIK BAS.

Kenapa naik bas?


✅ Sebab takperlu bayar $35 VEP FEES which duit kita dalam range RM105~RM108 tau huhuhu.

(will explain further on this next entry for tips to masuk singapore dengan kereta untuk elak benda ni)

✅ Sebab takperlu nak bayar $2.90 toll fees (Dalam RM9-10 duit malaysia yek)

✅ Sebab takperlu nak bayar $12.90 RECIPROCAL Charge (Dalam RM40 duit kita huhuhu)

✅ Sebab takperlu bayar tol charge kat imigresen malaysia (tak sure exact amount but will recomfirm later on next entry post)

✅ JIMAT BANYAK WEH! Bayangkan naik kereta mahal nak pengsannn uolsss! So yes naik jelah bas yek, memang JIMAT!

✅ Cuma perlukan kos dalam RM8-RM20 sahaja untuk pergi (start dari JB immigration) dan balik singapore.
(asma bagi tour guide ni sampai a destination only okayhh)



Okay, so LETS BEGIN OUR JOURNEY!

Ehh JAAPPPPPP!

Sebelum masuk Singapore pastikan anda PERSIAPKAN DIRI DENGAN,

✅ PASSPORT YANG SAH (jangan palsu tau! Singapore sangat strict tak pasal-pasal nanti kau kena pancung kang 😂)

✅ Bawak IC ye incase ada apa-apa nanti.


✅ Tukar duit dulu! Make sure ada dalam minimum $20 dalam tangan anda. Kalau boleh pesan kat orang money changer tu untuk pecahkan salah satu $10 nanti kepada ;

$1 = 5 keping,
50 cent = 4 keping
20 cent = 10 keping
10 cent = 10 keping

Total ; $10 (YOU WILL NEED THIS CHANGE and DUIT PECAH INI)

✅ Bawak bekal makanan (roti ke biskut ke) and minuman - sebab makanan dalam Singapore ada yang bit pricy tau huhu ingat! Duit dia TIGA KALI GANDA duit kita.


✅ Bawak PEN sebatang - sebab nanti if you baru firstime masuk singapore you kena isi satu borang form putih ni kat checkpoint Singapore.


Okayyy dah cukup cukup!


Yang lain tu kalau nak bawak masing-masing punya keperluan yek. Kalau asma siap kena angkut cengkerang Kura-kura masuk Singapore 😂 (beg anak bawak pampers air semua lah ada dalamtu huhuhuhu)



Okay dah SETTLE! So lets BEGIN OUR JOURNEY!

(Asma guide start dari JB Central yek. JB Central ni berhadapan City Square, JB)

1). Dari JB Central, pergi cari route, jalan yang menghala ke Woodlands.







Uolsss ikut je haaa signboard WOODLANDS tu. And sambil tu ikut je semua orang yang jalan depan awak tu.


Tak tahu? Tanya! Sana ramai gilaa orang and polis pun adooo tanya jeww takde orang nak makan awak pun!





Ikutttt je SIGNBOARD WOODLANDS tu sampai kau jumpa tempat cop-cop pasport yek.

2). Dah sampai tempat cop passport, pergi kat area kaunter Pasport Malaysia atau pakai je Biometric Machine sebelah KIRI SEKALI dekat sana tu.





3). SETTLE! Pi jalan terussss sampai hujung, akan ada dua escalator untuk turun ke tempat bas, turun bawah.

Okay kat sini you ada dua option untuk bas.
(asma jenis tak ber-option sangat, asalkan mana bus sampai dulu, ku naik je)


i) First bus you boleh cari bas Causeway Link (Warna Kuning ada logo senyum tuh) tak kisah mana-mana CW1 ke CW2 ke naik ajee cakap nak pergi ke imigresen singapore atau woodlands. Haaa settle.





Tambang dia RM1.80 seorang.
Kanak-kanak bawah 7 tahun FREE.
(Umar naik free jew hihi)


Okay bas ni asma selalu naik untuk bantu ku seberang ke singapore je.


Sebab dia berhenti di Kranji and Queen Street (which nama-nama tempat ini adalah pelajaran seterusnya nanti kan ku ajar sebab ni advanced sikit)


ii) Bas kedua option kedua you ialah, boleh cari bus SMART warna MERAH PUTIH. Nombor bas kat atas signboard besar akan tulis 950 Woodlands Interchange.




Yes, usually bus ini menjadi pilihan asma sebab bas ni lah akan bawa anda sampai ke destinasi anda perlu pergi iaitu dia Woodlands Interchange (dimana syurga bas pokok pangkal bas semua disana yek)


So ada duit $20 tadi kan? Ingat tak tadi asma suruh pecah-pecahkan kecik-kecik? Haaa now keluarkan $1.40 masukkan dalam tempat letak duit depan driver tu and cakap, “Woodlands Interchage”


Kachingg! Dia akan keluarkan satu tiket dari tempat keluar tiket tu and sila SIMPAN! Incase ada checking takdelah awokkk kena bayar dua kali kos huhu.




Okay nak pilih mana-mana bas sila pilih! Yang penting kita kena settle kan seberang ke Singapore Checkpoint nih dulu.


4). Seberangi lah JB - Singapore dengan selamat, and bus driver akan turunkan anda di Woodlands Checkpoint.

Sila jangan jakun and sila jalan terussss je sebab sekarang banyak polis kastam singapore jaga kat bawah ni.

Jangan buat perangai pelik-pelik nanti kena tangkap kang!





5). Sampai je atas naik escalator semua and masuk ke pintu masuk (sila ikut orang ramai yek ikutt je ikut) KELUARKAN PEN asma suruh standby kan tadi tu and pi berhenti kat tepi kaunter kecik belah kanan you akan notice.

Ni kaunter untuk ambil borang putih tu

Cari SATU FORM PUTIH KOSONG ni, and isikan details selengkapnya mengikut Passport uolss.

Semua dah ada dalam passport tinggal isi jek.

Settle isi, pergi beratur kat kaunter mana-mana you suka yang tulis “ALL PASSPORT”


6). Settle dah cop cop passport, turun ler kebawah ikut jeww semua orang turun, haaa awak pun turun lah yek ikut pintu keluar and escalator tuh.


TIPS : Selitkan card putih yang Officer Imigresen Spore ni bagi nanti kat belakang cover passport jangan sampai tercicir! Kang naya tau nak balik nanti leceh!


7). Sampai je kat bawah escalator, jangan terus! Pergi ke belah belakang escalator sebab disitulah semua bas-bas anda terletak.


Yang terus tu cuma untuk bas-bas pekerja. So jangan terus!


8). Dah tu, pergi cari lane beratur untuk bas 950 ya! And beratur molek-molek.

TAKTAHU TANYA!

BAS 950 Woodlands Interchange ye. Bas sampai naik je.

Ini Lane BUS BUS lainnya yang berhadapan 950 punya lane



9). Bas akan bergerak for few minutes je memang tak jauh pun Woodlands Checkpoint and Woodland Interchange.


Macamana nak tahu kita dah sampai? Woodlands Interchange adalah LAST STOP untuk bas ni. Which nanti SEMUA PENUMPANG akan turun di stop Woodlands Interchange ni.



10). Then, bila sampai kat Woodlands Interchange ni you akan perasan bas akan semakin perlahan and you nampak BANYAK bas bas lain kat bustop tu, memang tempat perhentian bas gitu.


So yesss you dah sampai! Maka dimana you nampak semua orang turun, you turun lah yek!


11). ALHAMDULILLAH! TAHNIAH! Anda sudahpun selamat tiba di Bumi Singapura and boleh jalan-jalan start dari sini.

Haa kalau dari sini turun bas, terus je nak ke Causeway Point Shopping Centre terdekat lah ni.


Boleh pi cari bas mana-mana awak nak pergi.

Or boleh pergi Causeway Point betul-betul dekat atas Woodlands Interchange tu. You kena pergi cari pintu masuk or Signboard Causeway Point.


And boleh SHOPPING COKLAT anda di SYURGA COKLAT sana!



In Shaa Allah nanti asma buat SHORT POST and ENTRY macamana nak pergi and nak sampai ke KEDAI SYURGA COKLAT yang sangat BEST NI dalam masa 5 minit sahaja daripada Woodlands Interchange nih.


Ramai ke nak tahu?! Kalau ramai comment and say NAKKKK!


Banyakkk comment NAKKKKK baru asma akan SHARE dalam next POST/ENTRY 😎


Stay tuned!


Wednesday, October 11, 2017

Kenapa aku tak ada anak?

Dulu, sewaktu asma masih belajar di UITM, sebenarnya asma pernah mengalami perasaan KECEWA bila mana Allah tak berikan asma zuriat.
Masatu asma dah bernikah dalam 1-2 Bulan.
Disangkakan period lewat sebab PREGNANT, tapi rupanya hanya mainan perasaan diri ini yang teringin sangat nak menjadi seorang ibu :’)

HAMPA ya hampa sangat rasa macam hampaaaa gituu macam “hampagas” vacuum tu haa. Haa Nampak tak hampa dia tu cemana.

SEDIH ya sedih. Sampaikan terdetik pada diri,
 “Aku ni takboleh pregnant ke?”
 “Aku ni tak layak jadi ibu ke?”

Sebenarnya asma tak patut pun sedih sebab, asma sebenarnya masih lagi dalam Pengajian Diploma yang belum habis lagi. Ada dalam 3 sem lagi so yes, sebenarnya memang plan taknak pregnant dulu (plan je tapi dalam hati sebenarnya NAKKKK sangat jadi ibu, sampai asma jadikan satu gambar baby ni sebagai wallpaper handphone asma)




Yelah, bila dah kawin semua orang dok Tanya,
“Bila nak ada anak?”
Aku rasa macam nak smackdown je orang Tanya macamni kat aku HAHAHA. Weh! Taknampak ke aku tengah belajar ni! Ada lagi 3 sem tau! Kasi chance I habiskan dulu please…..


Haaa sebabtu aku pun rasa pelik sebenarnya, kenapa aku SEDIH?
Mungkin ini lumrah hati seorang ibu kan, ibu mana tak sedih kalau anak yang dia ingat ADA, atau DAH ADA, sekali tiba tiba check pregnancy test, NEGATIVE or TIADA.


HOW I MOVE ON DENGAN PERASAAN SEDIH SEBAB TAK BERJAYA PREGNANT?

So, sebenarnya nak MOVE ON dengan rasa sedih tu memang tak mudah. Seriously, I BREAKDOWN masatu huhuhu. Tapi, asma ni jenis kalau down sedih tak lama. Memang akan sedih time tu je sebab asma taknak effect dekat rutin and studies. So yes, malamtu memang sedih.

Apa apa pun, INGAT ALLAH. Ingat! Kita mungkin nak benda ni tapi sebenarnya benda ni tak baik untuk kita.

Asma pun buat Solat Sunat, doa and sujud menangis nangis dekat Dia. Sekali masatu sekilas! Teringat satu ayat Dalam SURAH AL-BAQARAH AYAT 216,

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ianya amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui”

PAAAAP! Memang menusuk kalbu ayat ni. Terus asma lap air mata. And SENYUM. Yes, senyum.

Then, I think from the POSITIVE SIDES.
Aku ni tak sihat, selalu sakit.

Aku ni lemah, lemau. 


Sedangkan berjalan ke fakulti pun aku dah semput sorang sorang penat lah itu lah ini lah, apatah lagi kalau aku pregnant?


Apatah lagi kalau ada seorang bayi dalam perut seberat dalam 1-2kg dalam perut? Larat ke aku nak bawa dia ke fakulti? Pergi class? Sedangkan sekarang nak bawa diri sendiri je aku tak mampu.

Aku ni ada masalah LOW HB. Ya, HB ku pernah mencecah 6.9 sahaja sampai pernah masuk hospital Transfuse darah 2 pine gitu. Tu pun naik sikit je. And aku still dalam pemantauan doctor every 2 weeks.

Aku ni pun ada masalah SUSAH NAK MAKAN UBAT. Yes, aku ada tonsillitis yang agak besar and bengkak. Sebabtu aku susah sangat nak telan ubat. Memang separuh mati jugak lah nak telan ubat ni. Dilemma sungguh and kalau suami suruh makan ubat je, mula lah buat DRAMA BERSIRI ku huhuhu.

So, AKU DAH BERSEDIA KE NAK JADI IBU? Definitely NO.
No wonder lah Allah tak kurniakan aku anak sampai ke hari itu.
Diri sendiri je tak sihat, dan tak kuat, apatah lagi nak mengandung?
Allah knows best, he is the BEST PLANNER.

Ku pun menjalani hidup seperti biasa and berniat untuk habiskan pengajian then baru fikir untuk pregnant and IMPROVE KESIHATAN.

But then, along the way masa few months after peristiwa ni, aku terbaca kat Instagram pasal satu Protein drink ni, namanya ESP Shaklee. So aku pun beli lah online, and cuba untuk consume.

Seriously, masa first two months consume memang RASA ENERGETIC sangat! Aku yang selalu letih lesu slowly berubah jadi a bit active. But then terjadi satu peristiwa ni bila ESP ni ku terlupa nak bawa ke kolej, masani dah masuk SEMESTER tiga.

Masani memang early semester dalam seminggu lah hidup aku takde ESP, lepastu aku start rasa penat, letih lesu and NAK DEMAM.

Yes! Sedangkan masa aku consume almost 2 bulan consume ESP tu, sikit pun takpernah rasa macamni dah. I was like… Ya Allah.. penyakit lama datang balik and I NEED ESP!

Okay pendekkan cerita lah eh, (nanti aku cerita details pasal pregnancy journey aku kat entry lain nah) sekali kawan aku suruh check PREGNANT OR NOT.
Sebab katanya dia syak aku ni pregnant sebab lain macam sekarang ni.
Maka aku pun ke pekan beli pregnancy test (thank you aina sebab bawakkan ku ke pekan untuk beli pregnancy test ni) sekali check…

“Eh, aku ni pregnant ke?”

Haa, tu dia nampak tak kabur tu? Pregnant ke tu? Orang kata POSITIVE gak kalau gini.



Sekali bila baca kat google, katanya even if KABUR satu line tu, still resultnya POSITIF. Okay masatu aku taknak happy dulu sebab takut tak accurate ke apa kan. Eventho orang kata, if keluar DUA LINE satu lagi KABUR supposedly ianya ACCURATE jugak and POSITIF gak, tapi aku still tak yakin.

So aku pun pergi pekan lagi and check…

“TAHNIAH PUAN! PUAN DAH HAMIL 10 MINGGU! Due dalam 3hb Ogos 2017 nanti puan”

Ya ALLAH…. Masatu ternampak satu bentuk kecil dalam rahimku bergerak gerak berenang renang kaki dia yang halus… tangan dia yang haluss yang belum terbentuk sempurna tapi I can see it! Dia bergerak laju sangat macam berudu yang static di tempatnya….

Kecil je dia masani CRL baru 3.18cm ALLAHUAKBAR.... 


ALLAHUAKBAR ALHAMDULILLAH YA ALLAH….

So bila dah tahu pregnant cepat cepat asma beli ESP and SET KEHAMILAN SHAKLEE yang lain untuk pastikan my baby and me sihat sepanjang pregnancy. In Shaa Allah di lain entry asma akan share details about my pregnancy journey.

Masani dah besar sikit, dah 4-5 bulan rasanya, cukup dah anggota badan Alhamdulillah.


And now, dah besar dah anakku ini. Dah berusia 1 Tahun 2 Bulan dah sekarang, Alhamdulillah.


Umar 4 months



Umar 5 Bulan



Umar and Ummi AGAINST THE WORLD, okay?
 
Umar memang selalu dibotakkan sebab abbi dia nak bagi rambut lebat haha



And I am so happy being a mom! And so happy sebab Allah berikan hadiah terindah untuk asma. Allah tahu IM READY TO BE A MOM, sebabtu Allah bagi.

Sedangkan, masatu asma and husband both student, kami tiada income, tapi Alhamdulillah sampai sekarang kami survive dengan duit sendiri. Kami survive dengan REZEKI ANAK yang Allah dah janji. Haa laa ni pun lain entry asma cerita nah. Yang penting, memang since nikah until now, kami memang pakai KEWANGAN sendiri, Alhamdulillah.


So, for those yang KECEWA, HAMPA, kenapa ALLAH belum beri zuriat, bersabarlah dan bertabahlah. Ya asma mungkin tak menunggu selama orang lain seperti orang lain. Asma menunggu hanya 4-5 Bulan sahaja. Tapi, asma faham perasaan tu. Sedih tu.


Apa apa pun BE STRONG. Allah tahu apa yang terbaik dan mana yang terbaik. And at the same time, if kita betul betul nak anak, USAHA dan IKHTIAR lah juga. Sebab, at least Allah Nampak usaha kita.

Study betul betul, macamana nak IKHTIAR HAMIL dan study apa ZAT NUTRISI kita perlukan. Jumpa doctor, berbincanglah dengan doctor. Jangan main semberonoh suka suka je buat pengetahuan sendiri.

(Sebab mostly ramai mommies yang MUDAH GUGUR, pi amek jamu untuk kesuburan huhuhu sedangkan jamu tu panas and tak sesuai untuk yang nak hamil lagi after keguguran tu…)

Asma doakan kita semua dipermudahkan urusan dan semoga ibu ibu yang belum dikurniakan zuriat, Allah permudahkan niat kalian, Amin In Shaa Allah!



Jumpa next entry!



 
Copyright 2017 @ Asma Shaheed | All Right Reserved
Design with ♥ by Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com