Disclaimer : These products is not intended to cure, diagnose or treat a disease

Wednesday, October 11, 2017

Kenapa aku tak ada anak?

Dulu, sewaktu asma masih belajar di UITM, sebenarnya asma pernah mengalami perasaan KECEWA bila mana Allah tak berikan asma zuriat.
Masatu asma dah bernikah dalam 1-2 Bulan.
Disangkakan period lewat sebab PREGNANT, tapi rupanya hanya mainan perasaan diri ini yang teringin sangat nak menjadi seorang ibu :’)

HAMPA ya hampa sangat rasa macam hampaaaa gituu macam “hampagas” vacuum tu haa. Haa Nampak tak hampa dia tu cemana.

SEDIH ya sedih. Sampaikan terdetik pada diri,
 “Aku ni takboleh pregnant ke?”
 “Aku ni tak layak jadi ibu ke?”

Sebenarnya asma tak patut pun sedih sebab, asma sebenarnya masih lagi dalam Pengajian Diploma yang belum habis lagi. Ada dalam 3 sem lagi so yes, sebenarnya memang plan taknak pregnant dulu (plan je tapi dalam hati sebenarnya NAKKKK sangat jadi ibu, sampai asma jadikan satu gambar baby ni sebagai wallpaper handphone asma)




Yelah, bila dah kawin semua orang dok Tanya,
“Bila nak ada anak?”
Aku rasa macam nak smackdown je orang Tanya macamni kat aku HAHAHA. Weh! Taknampak ke aku tengah belajar ni! Ada lagi 3 sem tau! Kasi chance I habiskan dulu please…..


Haaa sebabtu aku pun rasa pelik sebenarnya, kenapa aku SEDIH?
Mungkin ini lumrah hati seorang ibu kan, ibu mana tak sedih kalau anak yang dia ingat ADA, atau DAH ADA, sekali tiba tiba check pregnancy test, NEGATIVE or TIADA.


HOW I MOVE ON DENGAN PERASAAN SEDIH SEBAB TAK BERJAYA PREGNANT?

So, sebenarnya nak MOVE ON dengan rasa sedih tu memang tak mudah. Seriously, I BREAKDOWN masatu huhuhu. Tapi, asma ni jenis kalau down sedih tak lama. Memang akan sedih time tu je sebab asma taknak effect dekat rutin and studies. So yes, malamtu memang sedih.

Apa apa pun, INGAT ALLAH. Ingat! Kita mungkin nak benda ni tapi sebenarnya benda ni tak baik untuk kita.

Asma pun buat Solat Sunat, doa and sujud menangis nangis dekat Dia. Sekali masatu sekilas! Teringat satu ayat Dalam SURAH AL-BAQARAH AYAT 216,

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ianya amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui”

PAAAAP! Memang menusuk kalbu ayat ni. Terus asma lap air mata. And SENYUM. Yes, senyum.

Then, I think from the POSITIVE SIDES.
Aku ni tak sihat, selalu sakit.

Aku ni lemah, lemau. 


Sedangkan berjalan ke fakulti pun aku dah semput sorang sorang penat lah itu lah ini lah, apatah lagi kalau aku pregnant?


Apatah lagi kalau ada seorang bayi dalam perut seberat dalam 1-2kg dalam perut? Larat ke aku nak bawa dia ke fakulti? Pergi class? Sedangkan sekarang nak bawa diri sendiri je aku tak mampu.

Aku ni ada masalah LOW HB. Ya, HB ku pernah mencecah 6.9 sahaja sampai pernah masuk hospital Transfuse darah 2 pine gitu. Tu pun naik sikit je. And aku still dalam pemantauan doctor every 2 weeks.

Aku ni pun ada masalah SUSAH NAK MAKAN UBAT. Yes, aku ada tonsillitis yang agak besar and bengkak. Sebabtu aku susah sangat nak telan ubat. Memang separuh mati jugak lah nak telan ubat ni. Dilemma sungguh and kalau suami suruh makan ubat je, mula lah buat DRAMA BERSIRI ku huhuhu.

So, AKU DAH BERSEDIA KE NAK JADI IBU? Definitely NO.
No wonder lah Allah tak kurniakan aku anak sampai ke hari itu.
Diri sendiri je tak sihat, dan tak kuat, apatah lagi nak mengandung?
Allah knows best, he is the BEST PLANNER.

Ku pun menjalani hidup seperti biasa and berniat untuk habiskan pengajian then baru fikir untuk pregnant and IMPROVE KESIHATAN.

But then, along the way masa few months after peristiwa ni, aku terbaca kat Instagram pasal satu Protein drink ni, namanya ESP Shaklee. So aku pun beli lah online, and cuba untuk consume.

Seriously, masa first two months consume memang RASA ENERGETIC sangat! Aku yang selalu letih lesu slowly berubah jadi a bit active. But then terjadi satu peristiwa ni bila ESP ni ku terlupa nak bawa ke kolej, masani dah masuk SEMESTER tiga.

Masani memang early semester dalam seminggu lah hidup aku takde ESP, lepastu aku start rasa penat, letih lesu and NAK DEMAM.

Yes! Sedangkan masa aku consume almost 2 bulan consume ESP tu, sikit pun takpernah rasa macamni dah. I was like… Ya Allah.. penyakit lama datang balik and I NEED ESP!

Okay pendekkan cerita lah eh, (nanti aku cerita details pasal pregnancy journey aku kat entry lain nah) sekali kawan aku suruh check PREGNANT OR NOT.
Sebab katanya dia syak aku ni pregnant sebab lain macam sekarang ni.
Maka aku pun ke pekan beli pregnancy test (thank you aina sebab bawakkan ku ke pekan untuk beli pregnancy test ni) sekali check…

“Eh, aku ni pregnant ke?”

Haa, tu dia nampak tak kabur tu? Pregnant ke tu? Orang kata POSITIVE gak kalau gini.



Sekali bila baca kat google, katanya even if KABUR satu line tu, still resultnya POSITIF. Okay masatu aku taknak happy dulu sebab takut tak accurate ke apa kan. Eventho orang kata, if keluar DUA LINE satu lagi KABUR supposedly ianya ACCURATE jugak and POSITIF gak, tapi aku still tak yakin.

So aku pun pergi pekan lagi and check…

“TAHNIAH PUAN! PUAN DAH HAMIL 10 MINGGU! Due dalam 3hb Ogos 2017 nanti puan”

Ya ALLAH…. Masatu ternampak satu bentuk kecil dalam rahimku bergerak gerak berenang renang kaki dia yang halus… tangan dia yang haluss yang belum terbentuk sempurna tapi I can see it! Dia bergerak laju sangat macam berudu yang static di tempatnya….

Kecil je dia masani CRL baru 3.18cm ALLAHUAKBAR.... 


ALLAHUAKBAR ALHAMDULILLAH YA ALLAH….

So bila dah tahu pregnant cepat cepat asma beli ESP and SET KEHAMILAN SHAKLEE yang lain untuk pastikan my baby and me sihat sepanjang pregnancy. In Shaa Allah di lain entry asma akan share details about my pregnancy journey.

Masani dah besar sikit, dah 4-5 bulan rasanya, cukup dah anggota badan Alhamdulillah.


And now, dah besar dah anakku ini. Dah berusia 1 Tahun 2 Bulan dah sekarang, Alhamdulillah.


Umar 4 months



Umar 5 Bulan



Umar and Ummi AGAINST THE WORLD, okay?
 
Umar memang selalu dibotakkan sebab abbi dia nak bagi rambut lebat haha



And I am so happy being a mom! And so happy sebab Allah berikan hadiah terindah untuk asma. Allah tahu IM READY TO BE A MOM, sebabtu Allah bagi.

Sedangkan, masatu asma and husband both student, kami tiada income, tapi Alhamdulillah sampai sekarang kami survive dengan duit sendiri. Kami survive dengan REZEKI ANAK yang Allah dah janji. Haa laa ni pun lain entry asma cerita nah. Yang penting, memang since nikah until now, kami memang pakai KEWANGAN sendiri, Alhamdulillah.


So, for those yang KECEWA, HAMPA, kenapa ALLAH belum beri zuriat, bersabarlah dan bertabahlah. Ya asma mungkin tak menunggu selama orang lain seperti orang lain. Asma menunggu hanya 4-5 Bulan sahaja. Tapi, asma faham perasaan tu. Sedih tu.


Apa apa pun BE STRONG. Allah tahu apa yang terbaik dan mana yang terbaik. And at the same time, if kita betul betul nak anak, USAHA dan IKHTIAR lah juga. Sebab, at least Allah Nampak usaha kita.

Study betul betul, macamana nak IKHTIAR HAMIL dan study apa ZAT NUTRISI kita perlukan. Jumpa doctor, berbincanglah dengan doctor. Jangan main semberonoh suka suka je buat pengetahuan sendiri.

(Sebab mostly ramai mommies yang MUDAH GUGUR, pi amek jamu untuk kesuburan huhuhu sedangkan jamu tu panas and tak sesuai untuk yang nak hamil lagi after keguguran tu…)

Asma doakan kita semua dipermudahkan urusan dan semoga ibu ibu yang belum dikurniakan zuriat, Allah permudahkan niat kalian, Amin In Shaa Allah!



Jumpa next entry!



Post a Comment

Leave Your Love Notes

0 love notes:



 
Copyright 2017 @ Asma Shaheed | All Right Reserved
Design with ♥ by Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com