Disclaimer : These products is not intended to cure, diagnose or treat a disease

Friday, May 25, 2018

Pregnancy Journey Part 2

Wrote by

“10 weeks Pregnant, Due date on 1/8/2016” according pada scanning doctor at that time. And at that moment masa tahu Asma pregnant 10 weeks, masatu was on February, which Asma sebenarnya baru 1 months go thru Semester 3 at UITM Tapah.


Haluss je Umar masani, macam berudu


Macam-macam yang bermain diminda.
At the moment i am so happy sebab there is a new person in life is coming.
But at the same time Asma risau.
Macamana Studies?
Takkan nanti study nak tinggalkan anak?
Ianya adalah keputusan yang berat tapi terlalu awal untuk difikirkan. Tak putus dan tak henti doa dimulut, tahajjud menangis meminta dengan dia untuk permudahkan segala apa yang telah Dia rancangkan.

Sungguh, kalau ikut perancangan Asma, tunggu husband & Asma betul-betul habis belajar, financially stable and maybe masa degree baru ready nak ada anak. We planned it so well tau..... but then kuasa Allah, Allah nak bagi rezeki awal, so we accept it, i accept it and really happy for it.

BORONG FOODS FOR BABY IN MY TUMMY

Sungguh, Asma sangat happy. Once Asma tahu je pregnant balik dari scan baby, Asma terus pergi TF Mart Tapah, pergi beli segala anggur, kismis, kurma, prune.... sambil pegang perut Asma akan cakap....

“Ummi nak anak ummi ni bijak, pandai genius nanti, InshaaAllah!”

And at the same time cari susu jugak untuk ibu hamil, so i bought satu susu XXXXX untuk Asma ambil time pregnant. Sehari kena minum susu dua kali, pagi and malam untuk pastikan calcium intake untuk pregnancy tu cukup.
Asma taknaklah anak Asma nanti tulangnya rapuh. Huhuhuhu. Hari-hari Asma akan ke Cafe kat Pusat Pentadbiran UITM Tapah, beli buah untuk baby makan dalam perut katanya hehe.


Haaaa macam-macam ku beli tau hahahaha segala senjata snacks semua ada!


(Oh ya, at this time ESP supply dah kehabisan. Nak beli ESP pun takde duit time ni 😌 Thats why beli susu Ibu Hamil. Kalau tak.... memang Asma consume ESP je time ni. About 1 month juga short supply of ESP, masuk 3-4 Months pregnant restock balik ESP and consume ESP and stop susu Ibu Hamil)

ADA ALAHAN TAK KETIKA HAMIL?

Oh ya, mesti tertanya, Asma ada bawaan baby or alahan tak ek time pregnant? Jawapannya, ada tapi sangat sangat kurang. Asma alah dengan 1 benda je time ni.
Asma takboleh telan and makan NASI PUTIH.
Whenever makan NASI PUTIH mesti loya rasa nak muntah! Benda lain semua boleh makan, Nasi Putih je takboleh..... huhuhuhu. So kalau beli lauk ke apa, memang beli roti putih panjang tu makan lauk ngan roti je huhuhuhu. Time ni Asma cakap “Anak ummi Mat Salleh sangat eh taknak makan nasi putih!” Hahahaha.

Mee Sizzling jugak yang jadi pilihan 



Mee goreng, mee hoon, laksa, nasi goreng apa semua tu boleh je makan. Nasi putih je takboleh. Taktahu kenapa tau. And benda ni memang berlanjutan sampailah baby besar, and until nak dekat bersalin, memang Alah asma satu je, NASI PUTIH. Huhuhuhu. Nasi goreng semua boleh, nasi putih kosong je i cannot 😂 Dasar anak mat salleh sangat tau!

And seriously, kalaulah korang nak tahu, FAV FOOD Umar? Nasi or Mee? Jawapan dia Mee huhuhuhu nampak sangat apa kita suka makan time pregnant memang sebab baby yang suka makan haha.

ACTIVITY KETIKA HAMIL - AMBOI, MACAM TAK PREGNANT JE?!

Actually time dapat tahu Asma pregnant ramai kawan-kawan suruh Asma Extend Semester tersebut. Yelah Maximum boleh extend 2 Semester, so ramai suggest suruh extend sem, sebab masing-masing takut baby jadi apa-apa. Husband sendiri pun sebenarnya risau dengan keadaan Asma yang sangatlah jauh dari dia time ni. Bayangkanlah Asma kat Perak, dia kat JB. Anything can happen and it will take lots of time untuk dia sampai ke Asma if incase anything happen here. But then Asma convince husband and semua orang including my parents that i will be okay and fine.

So Asma pun jalani kehidupan and rutin Asma as student macam biasa.
Asma duduk kolej yang tengah-tengah, di Tingkat 3.
Perjalanan dari kolej nak ke class usually akan makan Masa dalam 15-20 Minit if jalan laju. If tak, it can take up almost 30 Minit jugak berjalan. Huhuhuhu. Jauh tau Kolej Beta dengan Fakulti Sains Gunaan..... sampaikan kawan-kawan risau and suggest untuk pindah Kolej Alpha time ni. But Asma degil. Asma dah cukup selesa dengan bilik yang ada semua, memang takdan nak punggah pindah barang so i decided to stay and harung je.

Okay, Asma yang tengah-tengah. Sebelah kiri Atiqah, Sebelah Kanan Nisha.
Tapi tujuan sebenar gambar ni nak tunjuk KOLEJ BETA ni haa. Nampak tak tinggi ke tak tinggi Kolej tu ku nak mendaki dengan keadaan Sarat Mengandung? Haha Bilik kat tingkat 3 tauuu. 


Sungguh time ni la struggle.
Jadual class semester ni memang agak packed. Class bermula seawal 8AM, and berakhir 5PM.
Break untuk Lunch 1 jam je everyday. Sungguh, struggle is real.
Belum lagi part class-class untuk semester ni semua kat Tingkat 3..... mashaAllah.... memang struggle tau sehari lebih 3-4 kali kena panjat and naik tangga. Belum lagi tangga nak balik kolej tu pun tingkat 3... sungguh ianya sangat struggle. Kadang tu sampai ada terasa cramp kat pangkal rahim tu. Risau jugak tau kalau pape jadi pada baby, tapi Asma yakin Allah mesti jaga baby inshaAllah. Baby ummi strong!

Sampaikan ada Coursemate/Classmate buat pembentangan kat class masatu time CTU. Dia sentuh pasal topik “Pengorbanan Ibu Bapa” so dia jadikan Asma sebagai contoh. Serious rasa lawak and really made my day time tu. Dia cakap..... (bunyinya lebih kurang begini....)


“Pengorbanan seorang ibu tu tak terkira tau. Dia sanggup naik turun tangga UITM, dari tingkat 1 ke tingkat 3 hari-hari buat benda sama, berkali-kali, kan Asma?” Hahaha masatu hanya mampu angguk je sebab dah mengah kepenatan daki tangga UITM tu haa.

Belum lagi kalau time hari Rabu.
Ada class BPC. Balik class kul 5, kena rushing untuk pergi class BPC, ya Allah memang struggle sangat tau! Dengan perut makin boyot, kena pakai T-Shirt putih lagi.... hahaha adoi kelakar tauuu. Lagi time ni dalam class ada sorang budak ni dia macam nak cuba “Jual Minyak” then Asma saje jelah tanya Instructor pasal Bersalin and All sebab time tu memang tengah belajar pasal bersalin. Terus tak jadi jual minyak dia kat Asma dah! Hahahaha haaa jangan memain, kalau dulu i bini orang, sekarang i bakal jadi mak orang tau, sila buat background check sebelum nak jual Minyak anda, thank you!

Me selfie-ING dalam class BPC dengan baju serba putih hahaha


Seriously, kalaulah orang tengok Asma time ni, memang sungguh taknampak langsung macam mak-mak orang yang tengah mengandung. Yelah, perut dahlah kecik, memang taknampak perut sangat pun! Hahahaha. Hanya classmates and coursemates je tahu Asma pregnant, orang lain kalau Asma tak cakap, dorang taktahu 😂
Katanya kalau pregnant Anak Lelaki, memang macamtu “Dari belakang kalau jalan nampak macam Anak Dara” gituuuuu. (Okay time ni memang belum tahu jantina Lelaki tau) But yes, bila kita pregnant, kita akan dapat satu feeling yang kita YAKIN & TAHU kita pregnant Boy or Girl. So yeah, bila orang tanya anak lelaki ke perempuan, Asma akan jawab “Anak lelaki” sedangkan baru je 3-4months.... amboi pepandai je hahaha.

EARLY PREGNANCY PROBLEMS - MY SIXTH SENSE POWER IS GONE!

Selain Alahan tak makan nasi, Asma ada satu masalah besar time pregnant ni....... Asma sangat sangat KUAT TIDUR 😂 Bayangkanlah, asal Masuk Dewan Kuliah je mesti tertidur! Kalau sebelumni Asma sejenis yang tidur sambil boleh dengar suara lecturer bercakap and boleh bayangkan apa yang lecturer ajar dalam tidur tau! But since pregnant, kuasa magic tu hilang totally! Dah takde SIXTH SENSE DAH! Kalau Asma tidur...... memang habislah! Satu apa pun Asma tak dengar, memang tidur lena and tidur mati! Habis class baru lah nak terbangun ya Allah teruknyaaa simptom! Padahal hari-hari tidur awal pukul 9 and bangun 4/5 pagi. But ngantuk dalam class tu ya Allah macam langsung tak dapat tidur tau! Makan kuat, tidur kuat..... memang gemuklah kau Asma! Hahaha. (But malangnya i didnt even get fat bila pregnant, maintain je kurus hahahahhaa)

Study Space everyday. Akan bangun 4/5AM untuk study.


Then, nak masuk 2nd Trisemester which is Almost 4 Months pregnant, pergi Checkup kat KK and scan baby suddenly Doctor tanya.... “Awak minum susu apa ek?”

And i said.... Susu Ibu Hamil Doctor, susu XXXXX. Doctor pandang Asma and cakap....

“Saya rasa awak better stop minum susu tu. Susu tu tak elok dan saya tak recommend sebenarnya pada patient saya sebab susu tu boleh buat baby besar and Gula dalam darah tinggi - this akan membuatkan awak risiko Diabetis ketika hamil and ianya berbahaya. Susu XXXXX ni terlalu tinggi gula. Awak sendiri minum, Awak tahu kan dia manis? Pergi beli susu biasa je. Tapi pastikan sehari keperluan kalsium awak cukup.”

And I was like “Baik doctor....” then keluar dari bilik doctor Asma tanya misi kat depan tu,

“Nurse, susu apa ek saya nak minum? Saya sebelumni minum susu XXXXX tapi doctor suruh stop sebab baby macam besar sikit dari usual size....”

Nurse tanya balik.... sebelumni minum susu apa sebelum minum Susu Ibu Hamil ni? Awak jenis minum susu tak?

“Saya baru je minum susu Ibu Hamil ni nak masuk 3 Minggu nurse. Baru lagi. Sebelumni saya minum Susu Kambing + ESP SHAKLEE tu.”

Nurse cakap : “Haaa start balik minum susu sebelumni dengan ESP SHAKLEE tu. Both tu okay dah. Stop dah minum susu XXXXX ni sebab memang kami tak recommend susu ni. Tu pun kalau awak taknak baby awak lahir nanti besar sangat & tahap gula dalam darah awak tinggi.”

Balik je dari KK terus whatsapp husband minta approval nak beli ESP SHAKLEE lagi. Asma bagitahu apa yang nurse and doctor cakap and all, and cakap esok nak keluar ke pekan beli Susu Kambing and cari seller SHAKLEE sekali.

Alhamdulillah, rezeki sangat sebab masani, rupanya ada kawan satu UITM Asma ni memang Shaklee Distributor and Alhamdulillah, i got the ESP! Syukur sangat Allah mudahkan semuanya!InshaaAllah nanti Asma share in an entry about my Pregnancy Nutritions and why i choose ESP during pregnancy and apa dia punya effects. Everything i want and everything i did during pregnant tak lain tak bukan mesti untuk baby, nak baby sihat & membesar dengan baik. Iloveyou baby ❤️

FINAL IS AROUND THE CORNER - SEE YOU AGAIN SOON AMIGOS :”)

Then, finally the FINAL is coming around the corner and this is the saddest moment ever.
University is the best moment ever in my life. Better than my School life. My coursemates, classmates, friends..... i love them all so much. They are so kind and caring, even until i am pregnant mereka semua baik-baik belaka.....
Caring belaka.... sangat caring.

Sampaikan ramai je offer and cakap... “Asma if kau nak apa apa cakap je nanti aku belikan.... Asma kau nak gi mana-mana cakap je nanti aku bawakkan.... Asma kalau nak minta tolong apa-apa cakap je.... Asma kalau mengidam nak apa-apa bagitahu je kitaorang belikan....”


Thank you guys. You know who you are.
I owe you guys so much, my UITM Tapah Friends, Coursemates, Best Friends, Sahabat.
And Asma teringat lagi moments bila Asma nak balik ke JB masatu naik bas lepas final.... ingat lagi Atiqah and semua sahabatnya (ya Allah i forgot most of their name but seriously mereka lah banyak tolong Asma tau... hm) All of them lah yang tolong asma angkat barang daripada tingkat 3 ke bawah, and then malam sikit dorang hantarkan Asma tunggu bas di Pekan Tapah. Thank you so much korang :”) i rememember every of your faces. Okay ada some names Asma ingat besides of Atiqah and their names is, Bedah, Nisha, Mai, Farahin, Mai, and ada 3 others yang seriously i remember their faces a lot tapi lupa nama ya Allah so sorry!


Classmates : AS1201_A


And Asma ingat lagi time sebelum masing-masing pindah masuk Duduk Kolej Beta, masatu korang duduk luar. Menyewa kat luar. Asma ikut sama ke rumah sewa temankan Atiqah, then pernah sekali tidur sana semalaman, tunggu husband Ambil, then yang temankan Asma tidur time tu sambil berborak nama dia Farahin (ok nama dia asma ingat!) , tak habis-habis cakap seronoknya kawen muda.... nak ada anak dah... hahaha happy go lucky betul dia ni.


Ada gambar dengan Nisha and Atiqah je hmmmm



Atiqah, thank you sebab dah banyak bantu Asma temankan Asma, nasihatkan Asma, jadi sahabat sebenar benar sahabat untuk Asma, eventho kita jauh and last jumpa time Asma baru habis pantang haritu, Atiqah tetap dihati Asma tau!

Oh yes! Tak lupa jugak Sarah, thank you sarah! Sebab time ni sarah offer juga untuk tolong bawakan some of my things untuk dia bawakkan ke Shah Alam, since dia balik dengan parents dia naik kereta. And yes they did offer nak hantarkan balik sekali ke Shah Alam, but Asma kena balik JB sebab husband di Pasir Gudang belum habis final lagi. Thank you sarah, thank you to you and your kind parents! ❤️

Time ni masa Kemahiran Insaniah haha



Time ni aiolss nak cabut lari jumpa shuben, tapi sempat we-fie haha



Tak lupa juga rakan seperjuangan sejak kat UITM Melang yang banyak membantu, banyak support dari dulu, Pipah, Asfa, Dalilah, Shifa, Dayah & Aunty Bella (thank you sangat untuk hadiah baju untuk umar! Awal sangat kasi hadiah but seriously thank you!), Sarah, Syasya, and my friends for life since UITM Melang of course Bella comel & syira cantik! & tak lupa juga my new roomate and friends on the 3rd semester, the caring tinie ❤️

Thank you aunty bella and dayah!



Classmates and coursemates seperjuangan, yang sangat kukasihi, eventho baru 3 semester... but still you guys the best. Dearest Farhah, Wanie, Nanie, Raie, Shida, Ain, Yasmin and ramaiii lagi ya Allah tak tersebut tauuu.



And ofcouse i wont forget my dearest friend, Ainna ❤️ Yang Asma jumpa sebab Paan ajak tumpang balik Johor sekali masa Semester 1 dulu. Ainna ni ya Allah, baik sangat. Dia dengan Atiqah lah sahabat kesayangan Asma. Ainna ni, baru jumpa kenal dalam kereta, kitaorang macam kenal lama dah siap selfie bagai hahaha Ainna ainna. Ainna ni pun banyakkkk sangat tolong Asma, tumpangkan Asma kat rumah sewa dia time tunggu husband datang diwaktu malam, belikan Pregnancy Test untuk Asma hahaha ya Allah sanggup dia belikan tau! hahaha thank you Ainna dear! Last jumpa Ainna masa sebelum Asma bersalin, kat Aeon Shah Alam masa Ainna belajar kat Puncak Perdana. InshaaAllah akan jumpa again soon enough.

Jalan jalan dengan Ainna kat Shah Alam seksyen 7

Hahaha selfie asal boleh je! Sedangkan time ni kereta memang tengah laju gilaa tau haha


Ahhh banyak and ramai sangat kalau nak sebut sorang-sorang. Apa-apapun thank you sangat semua, you guys know who you are, yang Asma tak sebut or lupa nak sebut Asma minta maaf tau, tapi seriously Asma ingat every each one of you.

Okaylah tiba-tiba sedih pula teringat time Last Paper, last test, last moments masa kat UITM Tapah... hmmm seriously i really miss those moments, a lot... tak sangka tu last time jumpa semua, tak sangka tu last time kat Tapah..... (Am so sad writing this)

Eh, okaylah. Panjang sangat dah entry kalini.
Sesungguhnya, tak mudah nak jadi ibu + at the same time student + jadi ibu at such a young age.
Banyak sangat circumstances Asma lalui juga bila pregnancy semakin besar, but Alhamdulillah i handled it well eventho it is my FIRST PREGNANCY hehe which InshaaAllah Asma akan tulis NEXT ENTRY PART 3 - Pregnancy Journey.

Then Asma juga akan share more Tips & Petua for Pregnancy Complications and all and makanan serta vitamins yang Asma amalkan on my Second and Third Trisemester and also i will make an entry about My Labor Moments yang sangatlah Magical masatu hehe and akan share tips juga macamana nak bersalin normal dengan mudahnya! InshaaAllah!

Till we meet again in my NEXT ENTRY!


Post a Comment

Leave Your Love Notes

0 love notes:



 
Copyright 2017 @ Asma Shaheed | All Right Reserved
Design with ♥ by Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com